NasionalNegeri

Projek terowong dasar laut Pulau Pinang berjalan lancar

WALAUPUN berhadapan dengan kontroversi termasuk siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), projek terowong dasar laut Pulau Pinang dilaporkan berjalan lancar.

Ia termasuklah perancangan pembiayaannya melalui rakan pelaksana projek iaitu syarikat SRS Consortium Sdn Bhd selepas memorandum persefahaman ditandatangani pada 1 Julai lalu.

SRS Consortium dijangka membentangkan cadangan pelan pembiayaan projek terowong dasar laut yang merupakan sebahagian projek infrastruktur mega Pulau Pinang.

Kaedah pembiayaan juga dikatakan berdasarkan perancangan penambakan tanah di bahagian selatan pulau berhampiran Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.

Kerajaan negeri dilapor akan membina tiga buah pulau buatan dan dijual kepada syarikat swasta bagi menampung projek mega infrastruktur di sana.

Pembiayaan itu juga dilaporkan merangkumi pembinaan tiga jalan utama, aliran transit ringan (LRT) dan terowong dasar laut.

Bagaimanapun, projek yang akan menghubungkan Georgetown dengan Seberang Perai itu dikatakan masih dalam kajian feasibility dan menunggu keputusannya untuk diteruskan.

BACA > Kedai makan Kluster Sivagangga tidak rekod butiran pelanggan – Suara Merdeka

“Pelan utama projek pengangkutan Pulau Pinang berjalan lancar. Malah saya bertemu dan maklum kepada penduduk negeri ini dan media apabila terdapat perkembangan terbaharu.

“Termasuklah menandatangani perjanjian PDP, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), kebenaran daripada Majlis Pembangunan Fizikal Negara dan sebagainya.”

Demikian kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika ditemubual Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang disiarkan secara langsung dalam Facebook DAP malam tadi.

Jelas beliau, projek terowong dasar laut itu akan mengalami kelewatan dipercayai disebabkan oleh kontroversi dan siasatan oleh SPRM.

“Projek terowong dasar laut dibelenggu kontroversi, dakwaan dan tuduhan.

“Tetapi saya ingin jelaskan di sini, projek berkenaan masih berjalan lancar dan menunggu keputusan kajian feasibility sebelum memutus untuk meneruskan atau sebaliknya.

“Ia masih berjalan lancar. Jangkaan siapnya mungkin tidak akan mengikut masa asal, projek itu mungkin akan lewat antara satu atau dua tahun.

BACA > Pas, UMNO, Bersatu tidak boleh berpisah – Abdul Hadi – Suara Merdeka

“Kerajaan negeri akan memastikan projek tersebut akan dilaksana sebaik mungkin,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hannah turut bertanya mengenai siasatan yang dilakukan SPRM terhadap projek tersebut.

Hal demikian susulan Kon Yeow turut dipanggil ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan menurut projek tersebut.

Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu, beliau cuma mengesahkan maklumat terhadap beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat Exco.

“Siasatan tersebut adalah untuk mengesahkan keputusan kerajaan negeri menerusi beberapa mesyuarat Exco berkaitan projek tersebut.

“Ia termasuklah proses tender, idea pembinaan terowong dasar laut, bila pra kelayakan projek dibuat, penganugerahan tender, perkara-perkara sebegitulah.

“Cuma hendak mengesahkan minit yang mengandungi maklumat berkaitan,” jelasnya.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng menfailkan saman fitnah terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin  berikutan satu pendedahan dokumen daripada SPRM dibuat beliau.

BACA > ADUN lompat parti di Sabah seperti pelacur politik – Salahuddin – Suara Merdeka

Kemudian pada awal Julai lalu, Guan Eng dan Kon Yeow dipanggil SPRM untuk disiasat berikutan terdapat dakwaan wujud elemen rasuah dalam projek tersebut. – SM

(Visited 3,339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button