Nasional

Gara-gara diserang babi tunggal, seorang lelaki maut, dua cedera!

SEORANG lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi tunggal di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya.

“Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 dan 60 tahun mengalami kecederaan ringan ketika mahu membantu mangsa daripada diserang babi tersebut.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan mengenai insiden itu pada 7.05 malam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Anggota bomba membantu memberi pencahayaan kepada pihak polis untuk menembak babi tersebut,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 8.10 malam. – SM

(Visited 626 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button