Politik

Mahathir akhirnya mengaku Najib tak ambil duit 1MDB – Isham Jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menulis, semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau terima hakikat bahawa duit yang dirampas daripada Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kerajaan telah didapati di Mahkamah yang ia bukannya daripada sumber 1MDB.

isham
ISHAM JALIL

Menurut catatan Isham hari ini, selama beberapa tahun kebelakangan ini, Mahathir mengatakan bahawa Najib adalah penyamun dan kleptokrat yang telah sakau duit 1MDB tetapi kelmarin, Mahkamah telah membuktikan sebaliknya.

“Akan tetapi Mahathir tidak puas hati dan beliau terus tukar topik dan kini, beliau bertanya, kalau duit itu bukan dari 1MDB, duit itu dari mana?

“Dan Mahathir juga tanya, berapakah Najib bayar cukai untuk duit sebanyak itu?” tulis Isham dan dipetik untuk SUARA MERDEKA.

Pada hemat Isham lagi, Mahathir sepatutnya meminta maaf kepada Najib terhadap fitnahnya selama ini ke atas Najib, bukannya mencuba cari ruang untuk memfitnah Najib lagi dengan mempersoalkan itu dan ini pula.

Jika Mahathir ingin mempersoal berkenaan sumber kewangan Najib, rakyat juga mahu persoal berkenaan sumber kekayaan Mahathir dan anak-anaknya yang berjumlah berbilion dollar.

“Dan adakah Mahathir dan anak-anaknya membayar cukai ke atas semua sumbangan yang diterima oleh mereka selama ini?

“Saya harap Mahathir jawab itu dahulu sebelum cuba memburukkan orang lain lagi.

“Dan bertaubatlah serta minta ampun kepada Allah SWT atas segala fitnah dan penganiayaan yang dibuat ke atas orang-orang yang teraniaya olehnya selama ini,” catat Isham di akhir kalam. – SM

(Visited 6,257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button