Mahkamah

FBI: Najib terima AS$756 juta dari dana 1MDB yang diseleweng

Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertugas bagi kes 1MDB memberi keterangan di mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menerima AS$756 juta (RM3.18 bilion) dana 1MDB yang diselewengkan.

Sementara itu, ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.97 bilion) dana 1MDB.

Dana tersebut diselewengkan daripada AS$6.5 bilion yang diperoleh dalam pelaksanaan bon yang dilakukan 1MDB dengan Goldman Sachs.

Ejen FBI Eric Van Dorn memberi keterangan itu dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng di New York.

Menurut Bloomberg, selain Najib dan Jho Low, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Co Khadem al-Qubaisi turut menerima AS$472.8 juta yang diselewengkan daripada pelaksanaan bon itu.

Ng menerima AS$35.1 juta, manakala Tim Leissner menerima AS$73.4 juta, tambah ejen itu.

Van Dorn berkata dia telah menjejaki bagaimana dana bon itu disalurkan kepada sekurang-kurangnya 16 penerima.

Sebelum ini penyiasat telah mengesahkan bahawa Najib telah menerima AS$681 juta daripada bon ketiga 1MDB pada 2013.

Leissner telah memberi keterangan bahawa dana itu digunakan untuk untuk kempen pilihan raya tahun itu.

Menurut penyiasat Najib kemudian memulangkan AS$620 juta dana itu.

Najib mendakwa ia dikembalikan kepada “penderma Arab”, tetapi penyiasat berkata wang itu dikembalikan kepada akaun yang dikawal oleh Jho Low.

Jabatan Kehakiman AS juga sebelum ini menyatakan Najib menerima AS$50 juta dalam dua transaksi pada 2011 dan 2012 yang diseleweng daripada 1MDB.

Bekas perdana menteri itu menafikan salah laku.

BACA JUGA: 8 Bukti Sahih Penggunaan Duit Oleh Najib Razak Yang Dikemukakan Di Mahkamah

Dipetik dari Malaysiakini

(Visited 675 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button