Nasional

Program vaksinasi Orang Asli perlu ditingkatkan

PETALING JAYA: Bilangan Orang Asli yang telah mengambil suntikan penggalak masih rendah, kata menteri kesihatan Khairy Jamaluddin, dalam menyeru agar jangkauan program vaksinasi “lebih konsisten” untuk masyarakat.

Beliau berkata kadar pengambilan yang rendah terutamanya dalam kalangan segelintir suku Orang Asli yang mempunyai gaya hidup separa nomad di mana mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat lain.

“Petugas kesihatan perlu konsisten dalam melaksanakan program vaksinasi kepada Orang Asli bagi memastikan masyarakat tidak terpinggir daripada program imunisasi Covid-19 kebangsaan,” katanya selepas memerhati kanak-kanak yang sedang divaksin di Hospital Orang Asli Gombak di bawah program PICKids hari ini.

Beliau berkata seramai 18,161 orang dewasa Orang Asli telah dilaporkan positif Covid-19 sehingga 28 Feb lalu. Seramai 196 juga telah meninggal dunia.

PICKids memperluaskan lawatannya ke 412 pusat vaksinasi di seluruh negara semasa cuti sekolah. Ia bertujuan untuk memberi vaksin kepada 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menjelang tahun persekolahan baharu bagi memastikan risiko jangkitan diminimumkan dan mencegah kluster dan kes dalam kalangan kakitangan sekolah.

Khairy juga memberi jaminan masyarakat Orang Asli tidak akan dilucutkan perkhidmatan penjagaan kesihatan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Kesihatan sedunia.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button