NasionalUncategorized

Tiga lelaki Afrika larikan diri ketika cuba ditahan polis

TIGA lelaki yang dipercayai warga Afrika diburu selepas melarikan diri ketika cuba ditahan polis di Bulatan Hillview Hulu Kelang, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 petang ketika pihaknya cuba menahan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ditahan, pemandu kereta itu enggan memberi kerjasama dan terus memecut ke arah Jalan Ampang.

“MPV berkenaan kemudian didapati terbabas di tepi jalan ketika menghala ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX), dekat Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek itu juga dipercayai melarikan diri selepas kenderaan mereka jatuh ke dalam longkang.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan beberapa topeng muka hitam dan putih dan pembabitan suspek dalam kes jenayah termasuk samun masih disiasat.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, siasatan lanjut mendapati MPV itu didaftar atas penama warga tempatan dan tiada rekod hilang.

“Kita mendapati seorang lelaki terbabit menyewa MPV itu dari sebuah syarikat sewa kereta di Cheras 2 Balakong. Pemilik kenderaan itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

“MPV yang disita itu dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button