Nasional

Program vaksinasi di seluruh negara berjalan lancar

Enam warga emas termasuk seorang pesakit terlantar menerima vaksin di rumah masing-masing menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Lenggong hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasminya memaklumkan kesemua warga emas masing-masing menetap di Kampung Chepor, Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Banggol Belimbing itu menerima vaksin menerusi program yang dijalankan menerusi kaedah bergerak dari rumah ke rumah.
Sementara itu  Bernama melaporkan usaha kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau sekatan pergerakan penuh telah berjaya menampakkan kesan positif sekali gus menurunkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mengikut unjuran Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, kes harian COVID-19 di negara boleh mencecah lebih 13,000 kes pada 14 Jun lepas sekiranya sekatan itu tidak dilaksanakan.
“Usaha yang dijalankan kerajaan (dalam mengekang penularan COVID-19) telah mula menampakkan hasil yang positif,” katanya pada sidang media selepas melawat PPV industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa pelaksanaan PKP 3.0 sejak 1 Jun lepas tidak akan berjaya menurunkan jumlah kes COVID-19.
Ketika ditanya usaha kerajaan dalam mengawal kluster tempat kerja, Mohamed Azmin berkata antara langkah bagi mengurangkan penularan adalah dengan melaksanakan PKP 3.0 yang bertujuan untuk mengurangkan pergerakan rakyat.
“Ini sudah diterangkan berulang kali oleh KKM bahawa kita harus mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal pergerakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin dan kesejahteraan hidup rakyat dapat dipelihara,” katanya.
Mengulas mengenai PPV industri di AICC di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), beliau berkata pusat vaksinasi berkenaan merupakan yang kedua di Johor dan akan mula beroperasi pada 28 Jun ini.
“Kita berjaya turunkan (merekodkan jumlah kes baharu harian COVID-19) kepada 4,949 kes pada 14 Jun lalu. Mengapa ini berlaku? Kerana tindakan tegas diambil kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh. Ini sudah satu kejayaan bagi mengawal penularan wabak.

Vaksinasi bagi golongan rentan tetap menjadi keutamaan bagi kerajaan di bawah program PICK dan tidak akan dikompromikan, namun pelaksanaan PIKAS adalah penting dalam melindungi pekerja daripada risiko jangkitan.
Sementara itu Azmin memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program ini tidak akan dibebani dengan kos tambahan dan vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan kepada pekerja.
Melalui program kolaborasi awam-swasta ini, majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat.

Turut menyertai lawatan itu ialah bersama Timbalan Menteri MITI, Datuk Lim Ban Hong telah membuat lawatan tapak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 di Pengerang dan Johor Baru, Johor.
Operasi PPV program PIKAS amat memuaskan. Setakat 16 Jun 2021, secara keseluruhannya sebanyak 2,082 syarikat dari seluruh negara dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar di dalam PIKAS.
Bagi negeri Johor, sebanyak 255 syarikat telah berdaftar dan seramai 14,357 pekerja adalah pemain industri di Johor.

FOTO:

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button