Politik

UMNO-BN bermasalah kerana diteraju pemimpin bermasalah

1. Seminggu dua ini, pelbagai sample di ambil dengan mengadakan wawancara dengan orang-orang Melayu yang berada di jalanan. Rakyat biasa. Bukan Ahli UMNO.

Mereka ini nanti yang akan menentukan siapa yang akan diberi mandat untuk memerintah negara ini, memandangkan terdapat 129 kerusi Parlimen yang merupakan majoriti pengundi Melayu.

2. Penguasaan kerusi-kerusi majoriti melayu ini, akan menentukan siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.

3. Beberapa perkara yang menarik telah dapat dikenal-pastikan dalam sampleling ini iaitu :

(i). Rata-rata Orang Melayu beranggapan walaupun UMNO telah bersetuju untuk meletakkan Ismail Sabri sebagai Poster Boy dan Calun bakal Perdana Menteri.

Mereka merasakan Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mat Hassan, adalah merupakan tokoh-tokoh yang masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU 15.

Sokongan kepada PM Ismail Sabri tidak solid.

Pemimpin-pemimpin ini sering menekan Ismail Sabri dan sering memperlekehkan tindakan-tindakan Kerajaan, seolah-olah mengambarkan Ismail bukanlah pemimpin yang terbaik, untuk terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri.

(ii). Orang-orang Melayu merasakan Pemimpin UMNO yang mempunyai pertuduhan jenayah di Mahkamah, perlu selesaikan kes-kes tersebut dahulu.

Sebagai contoh, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), hampir-hampir kehilangan wang RM4 bilion ringgit akibat memberi pinjaman kepada SRC International.

Nasib baik Pengerusi Pelaburan KWAP meletakkan syarat sekiranya pinjaman dari SRC ini tidak dapat dibayar, Kerajaan perlu Gurantee dan bayar balik duit KWAP tersebut.

Terbukti sungguh, SRC tidak mampu membayar balik dan kini Kerajaan membayar balik hutang RM4 bilion tersebut kepada KWAP dengan menggunakan Dana Kerajaan.

Ini merupakan Duit Rakyat.

Contoh Kedua, pemimpin UMNO yang berhadapan dengan Kes Mahkamah berkaitan dengan penyalah-gunaan Wang Yayasan, juga perlu selesaikan kes-kes tersebut dahulu.

Orang-orang Melayu secara amnya, agak keliru membaca berita-berita di akhbar berkaitan dengan kes ini.

Terutama apabila wang yang dimasukkan kedalam Yayasan untuk tujuan membina, membaiki masjid, surau dan program-program keagamaan lain, bercampur-aduk dengan perbelanjaan peribadi seperti membayar hutang credit card, road tax dan insurance peribadi kereta-kereta mewah, membeli hotel di Bali dan lain-lain lagi.

Ditambah pula dengan tuduhan menerima sejumlah besar wang tunai setiap bulan dari Projek Visa di Negara China, dimana wang tersebut dihantar kerumah setiap bulan.

Terkini, terdapat pula tuduhan bahawa ada pemimpin-pemimpin lain juga menerima sejumlah wang ini untuk sumbangan politik.

Berkemungkinan besar ini bertujuan untuk memberikan andaian bahawa delivery wang-wang ini tidak berlaku.

Berkemungkinan juga, ini bertujuan untuk mematahkan dakwaan pihak Pendakwa Raya kerana apabila ia melibatkan transaksi wang tunai, tiada bukti yang sahih seperti memasukkan wang kedalam akaun (seperti Kes SRC), sebaliknya Mahkamah hanya bersandarkan kepada kenyataan Saksi sahaja.

Apapun kita tunggu keputusan Mahkamah Tinggi.

(iii). Orang-orang Melayu merasakan, keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang berhadapan dengan Kes Besar ini semakin terhakis setiap hari.

Kerana itulah, BN dan UMNO perlu mencari kaedah agar keyakinan ini dikembalikan kepada 21 juta Rakyat yang akan mengundi pada Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Kemungkinan ada Dua cara yang boleh dilakukan.

Pertama, pemimpin yang berhadapan dengan tuduhan Mahkamah, selesaikan Kes tersebut dahulu.

Beri peluang kepada PM Ismail Sabri (dari parti UMNO juga), meneruskan pentadbiran beliau, dengan Agenda Memulihkan Negara dari Pandemik dan Inflasi yang bakal melanda.

Tidak perlu adakan pemilihan UMNO dahulu kerana ini akan memecah belahkan parti UMNO kepada dua kumpulan.

Pilihan Kedua, tunggu Kes Mahkamah ini selesai, kalau betullah mereka tidak bersalah.

Pasti Mahkamah akan membawa Verdict : *NOT GUILTY.*

Pasti Mahkamah akan membawa keputusan : *TIDAK BERSALAH.*

Sekiranya tidak bersalah, pemimpin-pemimpin ini boleh meneruskan Agenda Politik masing-masing.

Tetapi sekiranya didapati bersalah, mereka perlulah mengundurkan diri.

Selamatkan Imej dan Nilai-Nilai Perjuangan Parti yang mahukan parti dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang bersih.

(iv). Orang-orang Melayu juga amat mengerti bahawa ketika pemimpin-pemimpin ini berkuasa, sedikit sebanyak akan melakukan kesilapan disana dan disini.

Manakala parti politik pula memerlukan Dana yang besar terutama ketika berhadapan dengan Pilihanraya.

Adalah amat sukar untuk mengasingkan wang untuk dana politik dan wang untuk kegunaan peribadi.

Segala-gala berada disuatu garisan yang amat tipis.

4. Akhirnya, Pilihanraya Umum ke15 bakal menjelma, Rakyat terutama Orang-orang Melayu akan membuat keputusan samada UMNO-BN akan diberi mandat semula untuk memerintah Negara ini, atau Orang-orang Melayu mahu mencuba nasib dengan parti baru iaitu Perikatan Nasional PPBM dan PAS.

Atau akibat pepecahan undi Orang-Orang Melayu, ada kemungkinan Pakatan Harapan akan kembali memerintah Putrajaya semula.

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button