Jenayah

Berpantang maut sebelum ajal: Kanak-kanak perempuan tercampak dari MPV

Kemalangan di DUKE tular di media sosial

TULAR di media sosial video dari kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari jejambat atau flyover di Lebuhraya Duke, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak perempuan itu cedera selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 15 meter dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Jalan Tun Razak, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, MPV jenis Toyota Estima yang dipandu bapa mangsa yang berumur 41 tahun telah terbabas sebelum melanggar tembok kiri laluan di lebuh raya berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak perempuan yang berada di bahagian penumpang belakang tercampak keluar menerusi tingkap belakang kanan kereta sebelum terjatuh dari flyover (jejambat).

“Mangsa terjatuh ke atas sebuah daripada deretan kereta yang dipakir di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Pahang,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan retak paha kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala bapanya tidak mengalami kecederaan. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button