Nasional

Parti liar: 26 wanita Indonesia antara 71 individu yang ditahan

Sebanyak 71 individu termasuk 26 wanita warga Indinesia ditahan dalam Operasi Parti Liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan pihaknya kira-kira pukul 3 pagi.

“Kita telah menahan empat lelaki warga tempatan, 41 lelaki warga Indonesia dan 26 wanita warga sama.

“Menerusi ujian saringan, 23 daripada merea didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ganja dan ketamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kesemua yang ditahan berusia lingkungan umur 18 hingga 30 tahun.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati pengunjung parti liar itu adalah pekerja sebuah kilang elektronik di Lembah Klang.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8)(Pindaan)(No.4) 2020,” ujarnya.

Pihaknya turut memohon kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti parti liar di kawasan sekitar daerah Dang Wangi.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai bolis yang berhampiran. -SM

(Visited 846 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button