Nasionalpilihan

Nikmati keenakan makanan tradisi dan viral di Melaka Magical Melaka Food & Fruit Fest MOTN 2022

PROGRAM Magical Melaka Food & Fruit Fest 2022 telah berlangsung pada 5 & 6 Ogos 2022 bertempat di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Jalan Kota dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bagi mempromosikan makanan tradisi dan viral di Melaka bersempena dengan penganjuran Magic of The Night (MOTN) 2022.

Penganjuran acara ini merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia untuk menarik dan meningkatkan kedatangan pelancong domestik ke negeri Melaka di samping memasarkan hasil keluaran makanan serta produk buah-buahan tempatan terutamanya durian yang menjadi fokus dalam acara ini.

Program ini diharap dapat merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik serta memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti ke Melaka untuk menyaksikan sendiri pelbagai pengisian aktiviti pelancongan dalam MOTN 2022.

Pengunjung berpeluang mendapatkan 12 jenis makanan dan minuman seperti Cendol Kampung Hulu, Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Antarabangsa, cucur udang dan banyak lagi di kios jualan yang dibuka dengan kerjasama Melaka Restaurant & Café Owner (MRCO).

Selain itu, promosi produk makanan berasaskan durian juga diketengahkan menerusi pelancaran ‘Malaysia International Durian & Cultural Festival’ hasil usaha sama Tourism Malaysia dengan syarikat Duricious Sdn Bhd (D’King) yang dirasmikan YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menerusi kerjasama tersebut, satu replika durian yang dihasilkan oleh D’King dan dipamerkan di hadapan Galeri Warisan Kota Melaka, telah menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records pada hari ini sebagai replikasi durian terbesar di Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Jabatan Warisan Negara rasmikan Galeri Warisan Kota Melaka serta lancarkan Buku Warisan Kebangsaan Orang Hidup

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button