Parlimen

DAP cari ‘menteri kanan’ halang Kor Ming pengerusikan sidang Dewan Rakyat

BEBERAPA ahli Parlimen DAP hari ini lantang meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mendedahkan nama menteri kanan yang menghalang Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang membangkitkan isu itu mahu tahu sama ada menteri kanan tersebut berada di dalam Dewan Rakyat.

“Saya hendak tahu adakah menteri kanan tersebut ada dalam dewan pagi ini. Hari ini saya ada lihat dua menteri kanan di sini. Adakah mereka salah satu daripada menteri kanan tersebut.

“Kita perlu tahu. Sebagai ahli Parlimen kita ada hak untuk tahu siapakah menteri kanan yang begitu memalukan, salah guna kuasa, tidak jaga kementerian dia,” kata Poay Tiong penuh emosi.

Mohd Rashid kemudian meminta Poay Tiong agar bertenang dan tidak menganggu sesi perbahasan.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Sing Deo kemudan bangun mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali mengakui sama ada beliau merupakan menteri kanan tersebut.

“Tuan speaker saya mencabar Ahli Parlimen Gombak adakah beliau menteri kanan tersebut. Berdiri dan bangun menjawab soalan itu sekarang. Kalau berani sebagai menteri kanan bangun dan jawab soalan itu sekarang,” kata Gobind selepas diberikan kebenaran oleh Mohd Rashid untuk bertanya soalan.

Cabaran Gobind itu dijawab dengan ringkas oleh Azmin, “Saya berani kerana ikut peraturan. Ini sesi soal jawab. Banyak masa terbuang.”

Mohd Rashid kemudian meminta Gobind meneruskan untuk bertanya soalan.

Sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa seorang “menteri kanan kabinet” menghalang anggota parlimen Pembangkang, Nga Kor Ming dihalang daripada mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Sin Chew Daily, Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengersikan sidang itu oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah hari ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.-SM

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button