PolitikUncategorized

Zahid tak mampu paksa MP tarik sokongan kepada PM, PN

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal memaksa dan tidak mampu mendesak Ahli Parlimen parti itu untuk menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Presiden tak mampu gunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memaksa Ahli Parlimen yang menjawat jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC untuk meletak jawatan.

“Bukan sahaja Presiden gagal gunakan MKT untuk paksa Ahli Parlimen UMNO dalam Kabinet dan GLC letak jawatan, malah MKT terpaksa benarkan pula Ahli Parlimen UMNO ambil dua lagi jawatan dalam kerajaan, iaitu Timbalam Perdana dan Menteri Kanan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, MKT juga gagal arahkan Ahli-ahli MKT yang pegang jawatan dalam kerajaan, agensi, PBT, Lembaga Pengarah, Lembaga Pelawat Hospital, SPAN, Lembaga Yayasan, Lembaga PBT, MPP dan jawatan-jawatan lain, walaupun UMNO telah menarik diri daripada kerajaan.

“MP UMNO dan BN tidak percaya kepada auta Ahli-ahli MKT tertentu yang dakwa keadaan negara akan lebih baik dan kes Covid-19 akan menurun jika kerajaan dijatuhkan ketika ini,” katanya.

Katanya, lebih buruk lagi Ahli MKT ex-officio yang tiada hak mengundi dan membuat keputusan pun dibenarkan untuk membuat keputusan dalam Mesyuarat MKT dan ini melanggar peraturan.

“Keputusan penarikan sokongan daripada kerajaan tidak dibincang dan diundi dalam mesyuarat, ia adalah persetujuan yg dibuat di luar Mesyuarat MKT – langgar peraturan lagi. Siapa GAGAL sebenarnya?” soal beliau.

(Visited 650 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button