Travel

Unicorn Asia Ditemui, Saintis Gandakan Usaha Jejaki Spesis Terancam Itu Di Vietnam!

HANOI, VIETNAM – Para saintis sedang menggandakan usaha untuk mengesan sejenis haiwan spesies terancam yang sukar ditemui dikenali sebagai ‘Unicorn Asia’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Haiwan bernama saola itu mula ditemui pada 1992 di hutan Rizab Semula Jadi Vu Quang di Vietnam namun jejaknya sukar dikesan sejak dari itu.

Haiwan mamalia yang mempunyai panjang melebihi 76.2 sentimeter itu sering mengelak untuk bertembung dengan manusia.

Para saintis bimbang sekiranya mereka gagal mengesan lokasi saola, ia tidak dapat dibawa ke kemudahan khas untuk proses pembiakan bagi mengelakkannya daripada pupus.

Tiada seorang pun ahli biologi yang pernah melihat kelibat saola dalam hutan tersebut meskipun ia telah dikesan oleh kamera tersembunyi, sembilan tahun lalu.

Sementara itu, beberapa keping imej yang pernah dirakam menunjukkan ciri-ciri fizikal saola yang tersendiri termasuk tanduk besar dan tanda pada wajah berwarna putih yang jelas.

Sesuai dengan gelarannya iaitu ‘unicorn’, saola turut dipercayai mempunyai dua tanduk. – AGENSI

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button