Nasionalpilihan

JKDM sasar kutipan cukai RM53 bilion

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan kutipan cukai berjumlah RM53 bilion mampu dicapai menjelang hujung tahun ini kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi kutipan cukai bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini memperoleh sebanyak RM26.6 bilion.

Beliau berkata, cukai yang berjaya dikutip pada suku pertama tahun ini jauh lebih tinggi bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak RM25 bilion.

“Saya ingin ucapakan tahniah kepada JKDM kerana prestasi yang cukup memberangsangkan berdasarkan kutip cukai sebanyak RM26.6 bilion pada enam bulan pertama tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

“Saya harap menjelang hujung tahun ini kutipan cukai mampu mencapai sasaran yang diletakan sebanyak RM53 bilion,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dengan World Customs Organisation (WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di AKMAL Bukit Baru yang turut dihadiri Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, pencapaian memberangsangkan itu adalah berdasarkan prestasi kegigihan anggota dan pegawai JKDM dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurutnya, walaupun tidak ada sebarang cukai baharu diperkenalkan tetapi kegigihan anggota agensi berkenaan berkerja lebih berkesan dan efektif antara pendorong pencapaian tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) bakal diiktiraf sebagai akademi bertaraf dunia tidak lama lagi.

Menurutnya, hala tuju AKMAL berada dilandasan yang baik selepas mendapat pengiktirafan daripada World Customs Organisation (WCO) sebagai Regional Traning Center bagi negara-negara Asia Pasifik.

“AKMAL telah dipilih untuk menganjurkan lapan program latihan melibatkan negara-negara dari Asia Pasifik sepanjang tahun ini,” ujarnya.

Katanya, pengiktirafan itu melibatkan AKMAL di negeri ini; Langkawi; Tanjung Surat, Johor; Sarawak dan Sabah.

Jelasnya, ia membuktikan JKDM mempunyai fasiliti yang cukup lengkap jika tidak bagaimana WCO mampu mengiktiraf AKMAL antara pusat latian terbaik di rantau Asia Pasifik. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button