NasionalUncategorized

Bekalan beras putih tempatan masih belum selesai

SUDAH cukup bulan. Lebih pun kalau nak kira sebab hari ini 2 haribulan Oktober. Kira sudah cukup haul kalau tak faham cukup bulan. Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu memberi kata-kata manisnya bahawa isu atau masalah bekalan beras putih tempatan akan diselesaikan dalam tempoh sebulan, yakni 30 September, kelmarin.

Masalah bekalan beras putih tempatan masih samar-samar bayangannya kerana Mat Sabu tidak menyatakan sama ada YA masalah itu telah diselesaikan dengan jayanya atau TIDAK masalah itu masih belum mampu diselesaikan oleh beliau selaku Menteri penuh di kementerian penting itu.

Mat Sabu sebaliknya berkata, pembelian panik yang melebihi keperluan bulanan menjadi punca bekalan beras tempatan tidak mencukupi di pasaran.

Adoi! Pening kepala memikirkan kenyataan seterusnya Mat Sabu yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia, kita semua inilah ya Bang Mat, trend peralihan pengguna beras putih import kepada beras putih tempatan menjadi punca bekalan sumber makanan rutin itu terjejas di pasaran.

Sekarang ini, moh kita pergi kedai runcit. Harga 10 kilogram beras putih tempatan sama ada cap rambutan atau yang ada muka aktor Datuk Jalaluddin Hassan itu berharga RM44.

Beras Siam putih pula 10 kilogram harganya RM38. Nak panik apanya kalau kena juga beli beras untuk seisi rumah dan beras siam lagi murah harganya. Tak percaya? Pergi cari beras siam cap cili padi warna hijau kat kedai runcit!

Tak ada maknanya kalau Mat Sabu berpandangan pengguna yang kebiasaannya membeli beras import berdepan kenaikan harga menyebabkan mereka beralih menggunakan beras tempatan.

Menurutnya, susulan video tular kononnya bekalan beras akan habis juga telah memburukkan lagi keadaan menyebabkan orang ramai panik dan menyerbu pasar raya.

“Orang Petaling Jaya, orang Shah Alam sebelah situ mana peduli beras tempatan. Semua makan beras import. Sebab beras tempatan RM26, (beras) import baru RM32, RM34 tidak la mahal sangat dan mereka kata beras import ni elok.

“Tapi bila beras import ni naik (harga) melambung sampai RM37 ke RM40, mereka cari beras tempatan. Bila main video (tular) kata bulan depan tak ada beras, orang ramai pun serbu beli beras.

“Biasa sebulan dia beli sekampit, sekarang dia beli tiga (kampit). Bermakna dia ambil orang lain punya (keperluan) dua kampit…yang biasa beli dua kampit (sebulan), dia beli empat (kampit),” katanya dalam Program Sembang Santai Perpaduan di Kampung Hayat, di sini pada Ahad.

Justeru, tambah Mohamad, orang ramai nasihatkan tidak membuat pembelian panik beras putih tempatan dengan membeli beras mengikut keperluan bulanan keluarga dan tidak menyimpan stok.

Beliau juga mengakui keadaan bekalan agak kelam kabut ekoran keputusan India yang menamatkan eksport, namun kini kembali reda dengan pelan jangka panjang dan pendek yang sedang dilakukan pihak kerajaan.

“Selepas itu, bekalan beras tempatan akan dilambak kembali di pasaran. Kalau tak menjadi juga, saya cari jalan yang lain kerana itu jangka pendek,” katanya.

Mohamad turut memaklumkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kini berusaha ke arah tuaian hasil padi selama lima musim untuk tempoh dua tahun dan usaha ini memerlukan tempoh beberapa tahun.

Katanya, penanaman padi akan dikembangkan lebih luas di Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. – SM

BACA Bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan-Mohamad Sabu

BACA Mohamad Sabu ulang cakap bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button