Berita

Cara kerja, gaya hidup perlu dianjak supaya masyarakat sentiasa kompetitif – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa persekitaran ekosistem cara bekerja dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan bagi memastikan rakyat negeri ini terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran di luar kotak.

Ia menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berlainan, serta berbeza dari status quo. Kebolehan untuk berfikir di luar kotak minda ini adalah sesuatu yang rumit untuk ditunjukkan, namun, sekiranya seseorang itu dapat menguasai kebolehan tersebut, ia akan dapat membantu memajukan diri individu tersebut dan juga organisasinya.

Berfikir di luar kotak adalah bertujuan untuk membolehkan kakitangan menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam organisasi. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan yang bermula dengan perkataan seperti bagaimana, mestikah, bolehkah atau perlukah. Contohnya: Bagaimana kerja ini boleh dilakukan dengan cara lain? Mestikah proses kerja bermula dengan aktiviti A bukan B? Bolehkah gugurkan aktiviti X dan Y daripada proses kerja yang sedia ada? Perlukah pelanggan kita mendapatkan perkhidmatan tanpa hadir ke pejabat? dan sebagainya.

Demikian dititahkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM16,800 sempena program MAIPs Peduli kepada seramai 24 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Sungai Padang, Simpang Empat untuk diagihkan oleh amilnya, Zulkepli Rahim baru-baru ini.

Program tersebut disekalikan dengan Sambutan Hari Basikal Sedunia disambut pada 3 Jun setiap tahun untuk mengiktirafkan keunikkan, ketahanan dan kebolehan basikal yang telah digunakan selama dua abad ini. Mengikut beberapa anggaran, terdapat lebih daripada 2 bilion basikal yang digunakan di seluruh dunia. Menjelang tahun 2050, jumlah itu boleh mencecah sehingga 5 bilion. Di Finland sahaja, 60% penduduk menggunakan basikal dan Belanda pula memegang rekod negara yang mempunyai basikal paling banyak per kapita.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button