Nasional

MKT UMNO bukan tarik sokongan dari kerajaan PN – Najib

KEPUTUSAN yang diambil oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO bukan menarik sokongan dari Keranaan Perikatan Nasional.

Sebaliknya Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO adalah untuk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut bekas perdana menteri itu, tindakan tersebut bagi memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap untuk menyelesaikan Covid.

Pentadbiran sementara juga katanya, akan memberi bantuan kepada rakyat serta untuk mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi sebelum parlimen dibubarkan sekaligus memberikan mandat kepada rakyat.

Malah Najib menyifatkan tindakan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin adalah langkah tepat yang diambil oleh MKT UMNO.

“Ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang.

“Cara penyelesalian ini juga memenuhi hasrat titah Raja-Raja Pemerintah bulan lepas bahawa perlunya ada sebuah kerajaan stabil yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti rakyat dan bukan katak.

“Sebab cara menyelesaikan masalah ini bukan dengan gantikan sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak dengan sebuah lagi kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak,” kata Najib.

Tambahnya, kerajaan sementara itu hanya boleh berfungsi dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan tidak boleh lebih daripada jangka masa tersebut.

Lagipun tempoh untuk parlimen terbubar dengan sendirinya juga cuma kurang dua tahun lagi sebelum penggal PRU ini berakhir.

“UMNO dan BN tak takut untuk menghadapi Rakyat apabila tiba masanya. Sekiranya PN dan PH percaya mereka mempunyai sokongan padu dari Rakyat dan prestasi memerintah telah terbukti baik maka mereka juga tidak perlu takut untuk menghadapi Rakyat apabila tiba masanya,” kata Najib.-SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button