Politik

PH, UPKO, PSB, Simpang Renggam tolak Muhyiddin

Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan tetap menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin Sebagai Perdana Menteri.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Turut menolak kepimpinan Muhyiddin adalah dua ahli Parlimen PSB Baru Bian (Selangau) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Ahli Parlimen UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) dan Ahli Parlimen Bebas Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam).

“Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

“Adalah mustahil Tan Sri Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” katanya.-SM

 

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button