NasionalNegeri

Program Amal Jariah Kitar Semula di masjid bantu agensi didik rakyat

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan program kesedaran seperti Amal Jariah Kitar Semula di institusi masjid akan membantu agensi-agensi berwajib dalam mendidik dan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat berkaitan kebersihan melalui aktiviti ceramah, seminar dan seumpamanya kepada kariah-kariah masjid.

Baginda bertitah, sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan program-program kesedaran awam seumpama ini, kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini turut serta dalam Program “Islah Ummah” yang diadakan di masjid-masjid terpilih untuk menyampaikan tazkirah yang berfokuskan kepada tema kebersihan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sambil disaksi Rizalman Mokhtar (kanan) pada perasmian Program Amal Jariah Melalui Kitar Semula di seluruh masjid negeri Perlis dan MoU Antara SWCorp Perlis dengan JAIPs di Mes Pegawai Kanan Polis di Kangar.

“Ini bertujuan bagi menggalakkan masyarakat bergiat aktif dalam membudayakan amalan kitar semula di samping dapat memelihara kawasan persekitaran mereka sendiri,” titah baginda.

Titah baginda lagi, semoga Program Amal Jariah melalui pengumpulan barangan kitar semula ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak institusi masjid serta khariah-khariah.

“Ini kerana hasil penjualan barangan kitar semula tersebut sedikit sebanyak dapat digunakan dalam membantu kemudahan pembangunan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di masjid,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Program Amal Jariah Melalui Kitar Semula di seluruh masjid negeri Perlis dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  Perlis (JAIPs) di Mes Pegawai Kanan Polis di Kangar.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman, Pengerusi SWCorp Malaysia, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor, CEO dan Pengarah SWCorp Perlis, Shamsuharizal Basir.

Baginda juga menyaksikan MoU antara JAIPs diwakili oleh Muhammad Hafeez Abu Seman dengan SWCorp yang diwakili CEOnya, Ismail Mokhtar.

MoU antara JAIPs yang diwakili Hafeez Abu Seman (kiri) dengan SWCorp yang diwakili CEOnya, Ismail Mokhtar Mes Pegawai Kanan Polis di Kangar.

Sementara itu, masjid Sempering diumumkan sebagai penerima Anugerah Kutipan Barangan Kitar Semula Tertinggi 2021 dengan kutipan sebanyak RM1,383.80 kilogram.

Dalam kenyataan SWCorp, sepanjang pelaksanaan program ini mulai Ogos 2021 hingga kini, sebanyak 6.8 tan sisa kitar semula telah berjaya dikumpulkan oleh 22 masjid perintis.

Selain itu MoU yang diadakan ini bagi menjalin kerjasama strategik antara pihaknya dengan kerajaan negeri bagi memperkasa budaya kitar semula di kalangan kariah masjid dan masyarakat.

Program Amal Jariah Melalui Barangan Kitar Semula ini melibatkan 101 masjid di Perlis dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Masjid yang dilantik bagi setiap institusi masjid oleh JAIPs. – SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button