AgamaNasionalNegeri

MAIPs salur bantuan fitrah RM5,998,500 Tahun 2024

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama hadirin pada majlis bantuan fitrah MAIPs Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sebanyak RM5,998,500 bantuan fitrah untuk tahun 1445 Hijriah bersamaan tahun 2024 Masehi.

Sumbangan berkenaan merupakan peruntukan MAIPs untuk diagihkan kepada 11,997 penerima yang terdiri daripada golongan fakir miskin yang memerlukan.

Berkenan mengurniakan sumbangan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan para amil di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor meminta para amil zakat agar sentiasa prihatin dengan keperluan golongan asnaf dan mereka yang berkeperluan.

“Fungsi amil adalah merupakan tugas yang begitu mulia serta merupakan pemudah cara dalam membantu MAIPs menjalankan peranannya,” katanya.

Beliau berkata, MAIPs amat menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Pada majlis yang sama, Raja Muda berkenan menyempurnakan simbolik agihan melalui 5 zon kariah yang dikenalpasti oleh amil zakat MAIPs diseluruh Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan simbolik agihan melalui 5 zon kariah kepada amil di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Untuk rekod seramai 2,056 penerima di Zon Utara yang melibatkan agihan sebanyak RM1,028,000; Zon Selatan pula 2, 682 penerima dengan agihan RM1,341,000; Zon Timur pula 2,375 penerima dengan agihan RM1,187,500; Zon Barat pula 2, 233 dengan agihan RM1,116,500 dan di Zon Tengah pula 2,651 penerima dengan agihan RM1,325,500. – SM

BACA MAIPs sumbang RM4,475,600 zakat fitrah tahun ini

BACA Perlis umum dua kadar bayaran zakat fitrah 2024

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button