Pendidikan

Prof. Dr. Mohd Ekhwan dilantik Naib Cancelor UKM

PROF. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini.

“Saya percaya dengan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, beliau dapat meneruskan kegemilangan UKM sebagai salah sebuah universiti terulung di Malaysia,” kata Noraini dalam sati kenyataan,

Dr. Mohd Ekhwan, 51 tahun, merupakan graduan UKM tahun 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakan dan Kemanusiaan.

Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari University of Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari University of Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.

Dr. Mohd Ekhwan telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan) Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau juga pernah menyandang jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button