NasionalNegeri

Jaga keselamatan diri, dokumen penting jika di Thailand – Konsul Jeneral

KONSUL Jeneral Malaysia di Songkhla baharu, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihati
rakyat Malaysia yang ingin melawat Thailand supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan juga dokumen penting.

“Sentiasalah patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di Thailand dan berhubung dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla jika memerlukan bantuan,” katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan cenderamata kepada Ahmad Fahmi semasa pertemuan di Hatyai.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga diingatkan semasa hendak keluar dari negara gajah putih itu, di pintu sempadan, sila semak dan pastikan cop keluar (exit stamp and date) telah diberikan oleh Pegawai Imigresen Thailand sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.

“Terdapat banyak kes dilaporkan di mana tiada cop keluar diberikan semasa di pintu sempadan (Thailand) dan jika ini berlaku rakyat Malaysia yang berkenaan perlu hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan berkenaan untuk melengkapkan formaliti berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, jika tidak dilakukan, mereka akan dikenakan denda dan akan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand di masa hadapan.

Pada kesempatan yang sama beliau yang sebelum ini merupakan Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan baharu melapor diri di Songkhla pada 25 Ogos lalu.

Ahmad Fahmi mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bermastautin di Selatan Thailand, ‘Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-66’ dan berharap sambutan kali ini merupakan sesuatu yang amat bermakna dan meriah kepada semua.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhubung pesanan oleh Ahmad Fahmi selepas menerima sumbangan Ibnu Sabil bagi pihak pejabat Konsulat Jeneral berjumlah RM5,000 daripada MAIPs yang diserahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hat Yai baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah Konsul Jeneral Indonesia di Songkhla, Thailand, Suargana Pringganu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof pada pertemuan dengan Ahmad Fahmi, Suargana Pringganu di Hatyai baru-baru ini.

Keberadaan Baginda berdua di wilayah itu pada kali ini bersempena Kayuhan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 dan juga Kempen Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024-2025) di sekitar Mukim Khlong Ngae, Sadao.

Inisiatif Ibnu Sabil ini merupakan sumbangan MAIPs untuk digunakan oleh pihak pejabat perwakilan terpilih untuk membantu masyarakat Malaysia yang mengalami sebarang masalah dan kesusahan ketika berada di luar negara.

Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs menzahirkan agar usaha dan kerjasama menerusi program-program yang memberi manfaat di antara umat Islam di Perlis dan Wilayah-Wilayah Selatan Thailand ini perlu diterus.

Perbezaan bahasa dan budaya tidak akan menjadi batu penghalang untuk seseorang mukmin itu membantu saudara Islamnya yang lain. – SM

BACA Ekonomi Thailand tumbuh perlahan, hanya 1.8% untuk suku kedua

BACA Pita gagal peroleh sokongan majoriti sebagai PM Thailand

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button