Nasional

Produk Penyelidikan Bertaraf Antarabangsa Malaysia – Turkiye Ditingkatkan

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Malaysia mengiktiraf ijazah daripada 208 universiti di seluruh Turkiye memberikan mesej negara sedang bersedia melangkah ke arah lebih maju.

Ujar Perdana Menteri, berita baik tersebut telah disampaikan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam perbincangan di antara mereka yang berlangsung di Kompleks Presiden di Ankara, Turkiye.

“Saya yakin perkara ini akan meningkatkan produk-produk penyelidikan bertaraf antarabangsa dari universiti kedua-dua negara.

“Keputusan itu adalah khabar yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Keluarga Malaysia yang telah dan sedang menimba ilmu di negara republik tersebut,” katanya pada sidang akhbar bersama Erdogan.

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button