Nasional

Kementerian Sumber Manusia melancarkan Insentif Kerjaya Madani

KEMENTERIAN Sumber Manusia melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 semalam, yang merangkumi Program Daya Kerjaya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya,

Menteri V.Sivakumar berkata di bawah program Daya Kerjaya, majikan yang menggaji belia menganggur jangka panjang, Orang Asli, wanita, orang kurang upaya, miskin tegar, parol, bekas banduan, dan graduan latihan vokasional akan menerima insentif kewangan.

“Insentif kewangan diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dikemukakan mulai 1 April, bagi pengambilan baharu mulai 1 Jan tahun ini.

“Jumlah insentif adalah RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan,” katanya pada majlis berbuka puasa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam.

Teks ucapan itu dibacakan oleh timbalannya, Mustapha Sakmud.

Program Bina Kerjaya bertujuan memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja di sektor tidak formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian dengan kadar yang meliputi yuran latihan sehingga RM4,000 dan elaun RM300 sebulan untuk maksimum tiga bulan.

Sivakumar berkata kementerian juga akan memberi tumpuan untuk membangunkan pusat satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara bagi menyediakan majikan dan pencari kerja akses yang lebih pantas dan mudah kepada pekerjaan. -SM

 

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button