Politik

PRN Sabah: Proses penamaan calon pagi ini

KEADAAN cuba di sebelah Semenanjung hari ini baik, terang, panas. Dan di Sabah pula, pagi ini ialah hari penting bagi para calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Lebih 1.12 juta pengundi di Sabah hari ini menyaksikan poses penamaan calon bagi yang bermula kira-kira 45 minit yang lalu, pukul 9 hingga pagi.

Calon-calon yang bertanding ada masa lebih kurang 15 minit sebelum pukul 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan beserta deposit masing-masing di 73 pusat di seluruh negeri.

Memetik laporan BERNAMA pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu.

Pusat penamaan calon antara lain terdiri daripada dewan komuniti dan sekolah dan petugas SPR pula perlu memastikan kelancaran proses berkenaan di sebalik prosedur operasi standard (SOP).

SOP yang digunakan di PRN Sabah berdasarkan SOP yang digunapakai di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Chini dan Slim dan semua itu dilakukan dalam usaha membendung penularan Covid-19 dan muncul kluster baharu di Sabah.

Untuk rekod, PRN Sabah bakal menyaksikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding dengan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerusi tersebut ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

SPR juga telah menetapkan 26 September ini nanti sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September.

PRN Sabah ke-16 ini dikatakan diadakan secara mengejut susulan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Ketua Menterinya, yang juga Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lepas.

Pembubaran itu dilakukan sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Untuk PRN Sabah, nama Musa Aman tidak disenaraikan sebagai calon oleh BN Plus dan itu bermakna, beliau tidak mempunyai tiket untuk bertanding menggunakan logo BN.

Manakala adiknya pula melahirkan parti baharu bagi memastikan kelangsungan politik di Sabah dengan alasan, memperjuangkan nasib rakyat Sabah. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button