Jenayah

PRN Sabah: Pasukan keselamatan siapsiaga, terima ancaman kemasukan penjenayah

Rakyat asing cuba masuk untuk buat kacau Sabtu ini

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memberi jaminan, kawalan keselamtan di Sabah yang sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 terjamin daripada kemasukan rakyat asing yang mahu membuat kacau dan penculikan.

Beliau berkata, kawalan keselamatan di Sabah yang bermula pengundian awal pagi tadi dan berlangsung sehingga pukul 5 petang ini nanti, terus dipertingkatkan.

Katanya lagi, pihak keselamatan sentiasa bersedia menghadapi kemungkian kemasukan rakyat asing yang bertujuan mengambil kesempatan untuk membuat kekacauan.

Tegas beliau, pihak keselamatan termasuk polis akan memastikan ancaman-ancaman seperti itu tidak berlaku terutamanya pada PRN Sabah, Sabtu ini.

“Kita tahu dan sedar memang ada cubaan culik untuk mendapatkan wang tebusan.

“Maklumat ini kita terima daripada pasukan keselamatan Filipina…memang ada cubaan penjenayah dari sana untuk menyeberang bagi melakukan jenayah itu,” kata beliau.

Beliau menambah, malahan terdapat sembilan cubaan masuk oleh kumpulan penjenayah dari Filipina yang dipercayai cuba untuk melakukan jenayah culik untuk mendapatkan wang tebusan di Sabah.

Itu direkodkan sejak Mei lalu sehingga kini, kata Hazani hari ini selepas membuat lawatan ke pusat mengundi di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Sabah.

Terdahulu, Hazani mendedahkan, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan secara besar-besaran rakyat negara asing untuk membuat kekacuaan pada hari Sabtu ini, hari pengundian. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button