Politik

Young Syefura buat laporan polis terhadap ‘Influencer’ terkenal, kerana gangguan seksual

Ahli Perlimen Bentong Young Syefura Othman, membuat dua laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong berkaitan kes penipuan dan gangguan seksual oleh seorang pempengaruh media sosial terhadapnya.

Menurutnya, kes penipuan dari individu menghantar mesej melalui aplikasi Instgram mengaku sebagai wakil beliau untuk penganjuran program menjana pendapatan.

Kenyataan dari Young Safura berhubung dua laporan polis telah dibuat

Laporan kedua pula terhadap pempengaruh media sosial yang mengeluarkan kenyataan seksis dan berunsur lucah yang dianggap sebagai ganguan seksual dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagram.

“Video itu kemudian tular dan telah dikongsi oleh banyak pihak lain. Dalam video yang dimuat naik oleh pempengaruh tersebut, beliau telah menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan beliau yang telah menyebabkan saya tidak selesa.

“Saya terbuka jika ada yang mempertikaikan pandangan dan ideologi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing, namun apa yang telah dilakukan oleh pempengaruh ini ialah satu serangan peribadi dan menjejaskan reputasi dan kehormatan saya sebagai seorang wanita serta Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahanya, tujuan untuk membuat laporan ini untuk memberikan pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual selain bagi menggalakkan mangsa jenayah gangguan seksual lain untuk berani tampil ke hadapan.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan ke atas kedua-dua kes ini dan saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap semua penjenayah kes scammer dan gangguan seksual di dalam negara ini.” Katanya.

Artikel Berkaitan :>

Young Syefura antara lapan yang dilantik menganggotai JK Kesihatan

Young Syefura duta larian amal Socrates Run 2023 di Universiti Malaya

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button