Politik

Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR)  menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September manakala hari penamaan calon pada 12 September.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Bilangan pengundi berdaftar adalah seramai 1,124,598 juta orang di Sabah. SPR menggunakan daftar pemilih yang dikemas kini setakat 29 Julai lalu.

Ditanya mengenai proses perundangan yang sedang berlangsung Azmi berkata, SPR perlu mengadakan Pilihan Raya Negeri walau apa pun keputusan yang ditetapkan nanti.

Tinggi Kota Kinabalu hari ini menetapkan Jumaat ini untuk keputusan berhubung permohonan sama ada pembubaran dewan undangan negeri (DUN) Sabah boleh diadili atau tidak.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada permohonan difailkan oleh 33 Adun yang mencabar pembubaran DUN.

Pada 30 Julai, mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan mendapat kebenaran Juhar untuk membubarkan DUN serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.

Sebelum itu, Musa yang merupakan bekas Ketua Menteri mengumumkan mendapat sokongan 33 daripada 65 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.-SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button