AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Majlis Ilmu

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat ke Majlis Ilmu bertajuk “Balancing The Dunya And Akhyrah” oleh Sheikh Ayoubi Mohammed Najib di ibu negara.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat pada sesi Majlis Ilmu bertajuk “Balancing The Dunya And Akhyrah” oleh Sheikh Ayoubi Mohammed Najib di ibu negara.

Sheikh Ayoubi ini berasal dari Australia dan berketurunan Lebanon.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke Majlis Ilmu yang diadakan bagi meraikan Hari Ulangtahun, Sharifah Khatreena Nuraniah (kiri sekali).

Majlis tersebut dianjurkan sebagai meraikan dan mengambil sempena Ulangtahun, Sharifah Khatreena Nuraniah pada 10 Februari 2024 baru-baru ini.

Pada kesempatan yang sama, diucapkan kepada Sharifah Khatreena Nuraniah Selamat Menyambut Hari Ulangtahun dengan iringan doa semoga dilimpahi oleh Allah SWT dengan kesihatan serta kesejahteraan hidup yang terbaik sentiasa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Sheikh Ayoubi Mohammed Najib.

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun diucapkan kepada Sharifah Khatreena Nuraniah dari Suara Merdeka. – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button