Ekonomi

Kemenangan berganda AmInvest di Anugerah Pengurusan Dana Tahunan ke-14 Alpha Southeast Asia 2023

AmInvest menerima dua anugerah di Anugerah Pengurusan Dana Tahunan ke-14 Alpha Southeast Asia 2023; iaitu Pengurus Aset Terbaik (Dana Pasaran Wang), Malaysia dan Dana dengan Nisbah Maklumat Optimum Terbaik, Malaysia 1.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd.

Mengulas kemenangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng berkata, “Kemampuan pasukan pelaburan kami mengaplikasikan strategi-strategi pelaburan yang sesuai bagi mengambil kesempatan daripada turun naik pasaran telah membolehkan kami memacu prestasi cemerlang dana yang mampan untuk jangka panjang bagi para pelabur.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan terhadap pengalaman kami selama empat dekad dalam  pengurusan dana dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana kekal melabur
dengan kami sepanjang kami mengharungi lanskap pelaburan yang sentiasa berubah-ubah ini.”

Alpha Southeast Asia yang berpangkalan di Hong Kong ialah sebuah majalah pelaburan institusi wilayah.

Anugerah-anugerah yang diberikan oleh Alpha Southeast Asia adalah pengiktirafan kepada AmInvest sebagai sebuah firma pengurusan dana berbilang aset terkemuka yang menyediakan, antaranya, proses pelaburan yang kukuh dan telus, penyelidikan pelaburan berkualiti, pengurusan portfolio termaju, pulangan terlaras risiko yang lebih tinggi dan keseluruhan prestasi dana jangka panjang yang cemerlang.

Aset di bawah pengurusan (“AUM”) AmInvest bernilai sekitar RM48 bilion (pada Ogos 2023) adalah terdiri daripada penyelesaian pelaburan konvensional dan patuh-Shariah serta pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai kelas aset.

“Sebagai pengurus pelaburan yang terkemuka, AmInvest adalah nama besar yang akan terus memberikan prestasi cemerlang dalam apa jua keadaan pasaran, sebahagian besarnya adalah hasil daripada proses pelaburan yang berdisplin dan pasukan pengurusnya yang berpengalaman.

“Dengan memfokuskan kepada pengurusan risiko seiring dengan keperluan untuk menjana pulangan yang berpatutan, AmInvest adalah simbol keutuhan yang luar biasa,” kata Siddiq Bazarwala, CEO, Alpha Southeast Asia,” katanya. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button