Politik

PRN Sabah: Bung Moktar bertanding, Musa, Rahman gugur

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman antara yang gugur dalam pengumuman senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sebaliknya, kawasan beliau di Sungai Sibuga itu digantikan dengan calon muka baharu iaitu Mohamad Hamsan Awang Supian.

Selain itu, turut tidak tercalon adalah, bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam pengumuman bagi calon UMNO Barisan Nasional (BN) hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin umum dirinya bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

UMNO Sabah  menyenaraikan seramai 31 calon akan bertanding menggunakan tiket BN dengan mengemukakan 90 peratus muka baharu.

Bagi calon lama, hanya Bung Moktar dan Datuk Seri Md. Salleh Md. Said yang akan bertanding di Usukan, Kota Belud.

“Hari ini UMNO BN akan mengemukakan calon UMNO BN sahaja.

“Saya telah meminta presiden parti komponen masing-masing seperti PBRS dan MCA untuk membuat sidang akhbar bagi mengumumkan calon.”

Demikian kata Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, dalam Majlis Ramah Mesra Pemimpin – Pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) mengingatkan kepada penyokong di peringkat akar umbi bahawa misi utama adalah memastikan kemenangan parti.

Justeru, beliau menasihatkan semua pimpinan dan penyokong supaya ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ dan menggunakan peluang PRN ini untuk membentuk semula Kerajaan Negeri.

“Tidak ada yang mustahil kalau Allah tarik nikmat. Kalau peluang kedua kita tidak ambil, peluang ketiga kita tidak akan dapat lagi.

“Kita ambil peluang tidak kira parti mana kita gabung. Saya kira kita ada pengalaman, kita harus sentiasa berjuang.

“Kalau semua sudah kalah, apa untungnya?,” soalnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan UMNO dan Bersatu akan memberi tumpuan kepada 45 kerusi dalam PRN Sabah.

Sementara baki, 28 lagiakan ditandingi le partiparti lain di bawah Perikatan Nasional (PN).

PRN Sabah akan diadakan pada 26 September selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 dan 22 September sebagai tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button