Politik

PRN Sabah: Adakah Calon PN, BN akan dirombak semula?

SENARAI calon bagi Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kemungkinan akan dirombak semula.

Ia berikutan ketiga-tiga gabungan parti itu bersetuju untuk bersolidariti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama.

Hal demikian, selepas mereka menyatakan persetujuan secara konsensus mengelak pertembungan dalam setiap DUN yang ditandingi.

Perkara itu dilihat dapat mengurangkan persaingan dalam pilihan raya dan gabungan BN, PN serta PBS perlu fokus kepada matlamat asal.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan itu semua parti bersetuju untuk melancarkan ‘aku janji’ secara bersama.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Pelancaran manifesto gabungan tiga parti itu dijangka berlangsung pada Hari Malaysia, 16 September ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau selepas menghadiri pertemuan antara pimpinan parti dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu diadakan di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Sabah bakal menghadapi pilihan raya pada 26 September ini susulan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memaklumkan pembubaran Dewan Undangan Neger (DUN).

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, BN dan PN dijangka bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi.

Maklumat demikian adalah berdasarkan seanrai calon yang diumumkan semalam oleh parti masing-masing.

Pertembungan itu dijangka berlaku di kerusi Bengkoka, Telupid, Matunggong, Kadamaian, Tandek, Tulid, Sook, Kapayan, Karamunting, Paginatan dan Tanjung Aru. – SM

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button