Politik

PRN Sabah: 58 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

SEHINGGA pukul 3 petang sebanyak 58 peratus daripada 1,088,711 pengundi biasa yang berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri Sabah telah keluar mengundi

Jumlah tersebut hanya meningkat 4 peratus berbanding 54 peratus keluar menggudi pada pukul 2 petang tadi.

Sebanyak 741 pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuka bermula jam 7.30 pagi ini.

Bagi PRN kali ini, sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dengan seramai 476 calon.

Semua pusat mengundi ditutup secara berperingkat berdasarkan jumlah pengundi yang ada di kawasan berkenaan dengan waktu terakhir penutupan jam 5 petang.

DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.-SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button