Politik

PRN Sabah: 54 peratus keluar mengundi hingga 2 petang

SEHINGGA pukul 2 petang sebanyak 54 peratus daripada 1,088,711 pengundi biasa yang berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri Sabah telah keluar mengundi.

Sebanyak 741 pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuka bermula jam 7.30 pagi ini.

Bagi PRN kali ini, sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dengan seramai 476 calon.

Semua pusat mengundi ditutup secara berperingkat berdasarkan jumlah pengundi yang ada di kawasan berkenaan dengan waktu terakhir penutupan jam 5 petang.

DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.-SM


(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button