NasionalNegeriPendidikan

Program RIH UniMAP beri impak besar kepada komuniti masjid

PROGRAM Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bersama Komuniti Setempat iaitu Program ‘Rumah Ibadat Hijau’ (RIH) yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memberi impak yang cukup besar kepada komuniti apabila masjid-masjid terpilih dilengkapi dengan teknologi kelestarian yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, elemen-elemen teknologi hijau yang telah diterapkan di masjid-masjid ini menjadikan faktor utama ianya diiktiraf sebagai zon rendah karbon oleh pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 atau ‘Low Carbon Cities 2030 Challenge’.

Baginda bertitah, keindahan dan kecanggihan infrastruktur semata-mata tanpa disusuli dengan kekayaan pengisiannya adalah tidak bermakna.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

“Peranan UniMAP sebagai medan ilmu utama amatlah dititikberatkan, Beta menyeru kepada UniMAP untuk terus mempastikan budaya perkongsian ilmu di kalangan komuniti setempat akan terus dipertingkatkan,” titah Raja Muda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor UniMAP bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli beserta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Seramai 484 graduan telah terlibat pada sidang kali ini ini terdiri daripada siswazah Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE). – SM

(Visited 84 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button