Mahkamah

Perjuangan halalkan buku ‘Gay Is Okay’ belum berakhir – Edmund Bon

Perjuangan menghalalkan buku Gay Is Okay! A Christian Perspective belum berakhir kerana Edmund Bon selaku peguam nampaknya kini sedang menunggu langkah seterusnya.

Ujar Edmund, dia ketika ini sedang menunggu arahan dan arahan itu mungkin memerlukannya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula selepas ini.

Dalam erti kata lain, umat Kristian jangan bersorak terlalu awal dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menharamkan semula buku Gay Is Okay! A Christian Perspective.

Jika Edmund kemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, kena pula hakim yang terlibat jenis terkhilaf lagi, tidak mustahil buku Gay Is Okay! A Christian Perspective kembali dengan beraninya.

Ini adalah hierarki mahkamah dalam Malaysia, kebatilan, murtad, LGBT, serta pelbagai perkara songsang masih boleh dicabar dan dirayu sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Sebab itu kes masuk mahkamah, bukan sehari dua boleh selesai!
Ini adalah hierarki mahkamah dalam Malaysia, kebatilan, murtad, LGBT, serta pelbagai perkara songsang masih boleh dicabar dan dirayu sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Sebab itu kes masuk mahkamah, bukan sehari dua boleh selesai!

Larangan Homoseksual Wujud Dalam Bible Serta Al-Quran

Disebabkan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan, maka amat penting untuk umat Islam membantu umat Kristian demi kehidupan yang harmoni.

Dalam erti kata lain, menjadi gay bukan tuntutan dalam agama Kristian, apatah lagi agama Islam, Hindu, Budha dan sebagainya, menjadi gay adalah melawan hukum Tuhan.

Bagi penganut agama Kristian yang tersesat rohaninya, rujuklah semula kitab Bible yang menentang homoseksual pada pada Fasal Imamat 18:22 dan 20:13:

“Jangan meniduri seorang lelaki sama seperti kamu meniduri seorang wanita. Perbuatan itu sangat menjijikkan” dan “Jika seorang lelaki meniduri lelaki lain sama seperti dia meniduri seorang wanita, kedua-dua lelaki itu mesti dihukum mati. Perbuatan mereka itu sangat menjijikkan”.

Tak perlu cerita tentang Islam yang disempurnakan syariat nabi-nabi terdahulu menerusi Nabi Muhammad SAW, umat Islam yang waras serta takut kepada Allah SWT berpegang kepada Surat An Naml ayat 55:

اَىِٕنَّكُمْ لَتَأْتُوْنَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّنْ دُوْنِ النِّسَاۤءِ ۗبَلْ اَنْتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُوْنَ

“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) syahwat(mu), bukan (mendatangi) perempuan? Sungguh, kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu).”

Hakim Bukan Maksum, Tetapi Manusia Yang Boleh Buat Khilaf

Maksum adalah perkatan daripada bahasa Arab yang membawa maksud tidak pernah melakukan salah, dosa dan sebagainya dan hakim adalah manusia biasa yang bukan maksum.

Memang pada masa ini, Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusan buku Gay Is Okay! A Christian Perspective kekal haram pada 25 September 2023, namun lupakah kita apa yang berlaku pada 2022?

Pada 22 Februari 2022, Mahkamah Tinggi membatalkan perintah larangan ke atas buku tersebut selepas membenarkan semakan kehakiman.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin siap berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan buku tersebut adalah satu tindakan tidak masuk akal.

Bagi Hakim Datuk Noorin, buku tersebut tiada masalah untuk dibaca penganut agama Kristian walaupun dikait dengan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Jadi sudah tentulah keputusan itu memihak kepada penerbit Gerakbudaya, Chong Ton Sin dan penulis, Ngeo Boon Lin dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) diperlekehkan.

Memikirkan tentang keharmonian budaya masyarakat dalam negara yang berbagai agama, KDN kemukakan rayuan dan atas kebijaksaan Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai prosiding, 25 September 2023 menjadi saksi bahawa KDN mempunyai hak untuk mengharamkan buku Gay Is Okay! A Christian Perspective.

Kali Ini Bukan Jarum, Kayu Belati LGBTQ Sedang Menghentak Budaya Rakyat Di Malaysia

Suatu ketika dahulu, masyarakat dihidangkan dengan ayat, jarum-jarum halus LGBTQ sedang menusuk masuk ke dalam masyarakat.

Namun bagi tahun 2023, mungkin kita yang sudah boleh bersetuju bahawa yang sedang menghentak budaya rakyat Malaysia pelbagai agama adala bukan jarum, sebaliknya kayu belati LGBTQ.

Kalau jarum, tertusuk sedikit mungkin sakit, kadang berdarah, kadang tidak. Namun jika kayu belati LGBTQ, dia sudah tak peduli, mahkamah sanggup diredah, perarakan sanggup dijalan.

Untuk yang sedang membesar, pengibar bendera LGBTQ tahu animasi bermusim Jurassic World Camp Cretaceous yang disiarkan di Netflik sangat menarik perhatian kanak-kanak.

Setelah cuba dinormalisasikan budaya LGBTQ dalam kalangan orang dewasa sehingga mereka sanggup menafikan hak asasi Tuhan, anak-anak kecil sedang dirogol akalnya ke arah kehancuran umat.

Kisah Manusia Bernafsu Songsang Dalam Bible Serta Al-Quran Pada Zaman Nabi Luth AS

Sejarah homoseksual pada Kristian jika ditelusuri kisahnya, asal usul homoseksual berkenaan dengan peristiwa kota Sodom dan Gamora.

Hal ini dicatatkan dalam kitab pada Kejadian 19:1-29 dan pentafsir kitab Bible, Philo Judeus menafsirkan bahawa dosa penduduk kota Sodom dikaitkan dengan perilaku seksual sesama jantina.

Dalam Islam pula, peringatan tentang kaum-kaum terdahulu adalah sama di mana dalam suraf al-A’raf, Allah SWT berfirman:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ ﴿٨٠﴾ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿٨١﴾ وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ﴿٨٢﴾ فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ ﴿٨٣﴾ وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

MaksudnyaDan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al-A’raf (80-84)

Fikirlah Pengarang Buku, Peguam Dan Hakim Serta Masyarakat Berpayungkan Rukun Negara

Menjadi rakyat Malaysia bermaksud setiap di antara kita ini menjunjung lima prinsip dalam rukun negara iaitu:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Maka.. usahlah lawan perintah Tuhan untuk membenarkan budaya songsang itu berlaku di tanah Melayu ini (yang wujud sebelum 1948), di tanah Persekutuan Tanah Melayu ini (yang terbentuk bermula 31 Januari 1948), di bumi Malaysia ini (yang terbentuk bermula 16 September 1963).

Menjadi gay.. membawa fahaman LGBTQ.. adalah bertentangan dengan kesopanan dan kesusilaan.. dan kajilah kisah-kisah umat Nabi terdahulu yang banyak dimusnahkan.

Umat Nabi Nuh AS, dilemaskan dalam banjir besar kerana ingkar kepada perintah Allah SWT. Umat Nabi Luth AS, hancur apabila diterbalikkan buminya.

Kita umat Nabi Muhammad SAW selepas Nabi Isa AS? Terlalu banyak rahmat yang kita sedang terima hari ini dan tersangat banyak bala yang sedang ada antara kita sedang cuba cabar.

Mahu cabar siapa? Pemilik nyawa? Allah SWT yang maha berkuasa? Tidakkah Allah SWT sedang menunjukkan tanda kekuasaaan untuk manusia kembali kepada fitrah?

Buku Gay Is Okay! A Christian Perspective adalah tersangat tidak okay kerana ia diterbitkan oleh masyarakat yang bernaung di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jika Edmund tidak menerima arahan untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, semua pasti okay dan jika penerbit serta penulis tetap berkeras itu adalah hak mereka, maka orang-orang Melayu sebagai tuan tanah terpaksa menggunakan hak mereka.

Hak mereka untuk memastikan keharmonian antara kaum atau kepelbagaian agama yang dikecapi selama ini atas belas ihsan orang-orang Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara dalam negara ini di bawah rahmat Allah SWT.

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button