Politik

PRN Melaka: Ulama Pas harap UMNO kalah, jadikan pengajaran

Pengundi Pas diseru supaya menjadi guru politik kepada UMNO dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini.

Anggota Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik, berharap UMNO akan tewas dalam pilihan raya negeri tersebut agar memahami apa yang diperjuangkannya iaitu makna persaudaraan dan pentingnya agama, negara dan ummah.

“Mudah-mudahan kekalahan Umno di Melaka akan banyak mengajar politik jujur dan bersih kepada Umno.

“Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru politik kepada Umno,” katanya dalam hantaran di media sosial.

UMNO dan Pas sebelum ini memeteri kerjasama dalam Muafakat Nasional.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu membuat haluan masing-masing dalam PRN Melaka dengan Pas bertanding di bawa logo Perikatan Nasional manakala UMNO pula bertanding di bawah lambang Barisan Nasional.

UMNO sebelum ini mengajak PAS kekal dengan kerjasama Muafakat Nasional malah menawarkan parti itu bertanding dengan menggunakan lambang sendiri.

Namun PAS memilih kekal bersama PN dan bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.-SM

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button