Nasionalpilihan

PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan, orang ramai boleh salurkan maklumat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Melaka, No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka.

Selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). -SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button