Nasional

Tindakan kompaun tidak terkecuali semasa Ramadan dan Aidilfitri

TIDAK ada sebarang kenyataan dikeluarkan bahawa pihak Polis tidak akan menyaman individu yang didapati tidak memakai pelitup muka sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri nanti.

Penguatkuasaan tetap dilaksanakan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk kesalahan tidak memakai pelitup muka, kata Pengarah Pengurusan Buki Aman Datuk Zaini Jass.

Pemakaian pelitup muka masih berkuatkuasa dan diwajibkan di tempat awam walaupun negara kita beralih ke fasa peralihan ke endemik, tegas Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru.

“PDRM masih meneruskan tindakan kompaun sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342)” katanya.

Semalam, tular di aplikasi WhatsApp satu edaran dengan kepada surat bertarikh 20 April meminta pegawai kanan dan pegawai rendah polis mengambil maklum SOP terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara sempenan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Antara makluman dalam edaran itu adalah tiada lagi saman akan dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, bagaimanapun pasukan pemantau hendaklah memberi nasihat agar orang ramai memakai pelitup muka. – BERNAMA – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button