Politik

PRN Melaka kempen hari kedua: Berapa peratus akan keluar mengundi?

FIRST and foremost ataupun dalam Bahasa Malaysia, perkara paling awal yang perlu dikenalpasti pada hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini, pada hemat penganalisis politik, Datuk Saiful Bahar Arshad ialah dengan keadaan norma baru PRN Melaka dengan keadaan pandemik Covid-19 belum lagi betul-betul terkawal, kita perlu ada satu anggaran iaitu berapakah jumlah peratus pengundi yang akan keluar mengundi pada hari pengundian kelak.

Menurut kacamata Saiful atau mesra dengan panggilan Tok Pol, jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu (Mei 2018) agak tinggi iaitu sekitar 85% ke 82% .

Jumlah voters turn out atau jumlah pengundi keluar mengundi ini akan menentukan seseorang calon itu menang atau kalah, kata Tok Pol.

“Sebagai contoh, pada PRU-14 pada tahun 2018, jumlah peratus pengundi yang keluar adalah seperti berikut:

DUN KUALA LINGGI (BN) :  85%.


TANJUNG BIDARA (BN) :  84%.

AYER LIMAU (BN) :  83%.

LENDU (BN) :  84%.

TABOH NANING (BN) :  83%.

GADEK (DAP) :  82%.

MACHAP JAYA (PKR) :  84%.

DURIAN TUNGGAL (AMANAH) :  86%.

“Jumlah pertandingan berapa penjuru juga akan menentukan kemenangan calon-calon yang bertanding,” kata beliau.

Seperkara lagi yang menarik ialah FAKTOR TAKUT UNTUK KELUAR MENGUNDI.

Adakah kerana dengan adanya faktor takut untuk keluar mengundi kerana pandemik Covid-19 ini terutama kaum Cina, akan mengubah landskap keputusan PRN Melaka?

“Ini juga satu persoalan yang amat menarik untuk dijawab pada Pilihanraya Negeri ini.

“PRN Melaka juga akan memperlihatkan 9 kerusi yang telah dimenangi oleh penyandang pada PRU-14 dengan majoriti tipis iaitu di bawah 1,000 undi termasuk di kerusi Datuk Seri Sulaiman Ali, bekas Ketua Menteri Melaka, yang menang dengan majoriti 627 undi.

“Daripada 9 kerusi ini, 6 adalah milik UMNO manakala 3 lagi milik Pakatan Harapan,” kata Saiful. – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button