Politik

PRN Melaka: Calon PN guna lambang sama

PARTI-parti komponen Perikatan Nasional iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia sepakat untuk menawarkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Rundingan kerusi yang akan ditandingi oleh parti Perikatan Nasional akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti Perikatan Nasional.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, semua calon parti akan menggunakan lambang yang sama iaitu Perikatan Nasional.

“Majlis Tertinggi juga telah memutuskan semua jentera parti komponen Perikatan Nasional digerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing bagi menggembleng seluruh tenaga dan upaya untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang,” kata Muhyiddin.

Ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tadi.


Beliau menegaskan, Perikatan Nasional sentiasa berpegang kepada aspirasi untuk memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.-SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button