AnalisisPolitik

PRN Johor: UMNO lawan semua

UMNO akhirnya berjaya mencipta musuh dengan semua orang. Rakan sekutu di dalam Perikatan Nasional iaitu Pas dan Bersatu kini menjadi musuh mereka.

Pas dan Bersatu yang paling kuat dihentam oleh para pemimpin UMNO pada masa ini khususnya oleh para ‘penganggur’ politik selepas Barisan Nasional (BN) tewas teruk pada pilihan raya umum yang lalu.

Pas yang menjadi tangan penyelamat ketika UMNO sudah hampir lemas, juga tidak lepas menjadi sasaran.

Bersatu memanglah sasaran empuk mereka kerana demi membelas dendam parti yang diwujudkan serpihan daripada UMNO itu sendiri.

DAP dan PKR memang musuh tradisi UMNO memang tidak sehaluan dan musuh terbaharu yang masuk ke gelanggang adalah Muda.

Daripada banyak musuh itu Muda yang paling UMNO tidak mampu lawan kerana parti tua itu tidak mampu menarik golongan muda untuk menyertainya kerana tidak lagi membawa aspirasi dan perjuangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Ini adalah gambaran sebenar apabila UMNO menghadapi pilihan raya umum kelak, di mana semua parti akan menentang UMNO bagi mengelakkan dominasi parti itu yang semakin gilakan kuasa dan termasuk Johor sudah dua DUN dibubarkan untuk mendominasi politik negeri.

Selepas kejayaan besar di Melaka, UMNO yakin mengulanginya di Johor dan seterusnya mendominasi kembali politik tanah air sebagaimana yang dilakukan sebelum ini selama 22 tahun.

Bagaimanapun kali ini UMNO dijangka bakal berdepan tentang hebat kerana semua parti sedar akan silapnya strategi mereka di Melaka.

Pokok kepada kejayaan di Melaka ialah jumlah pengundi yang rendah menyaksikan pengundi tegar UMNO yang di tinggal di kampung-kampung keluar mengundi, manakala pengundi lain termasuk di atas pagar yang tinggal di luar Melaka tidak pulang mengundi.

Jadi usaha harus ditumpukan kepada membawa pulang para pengundi untuk memilih di Johor kelak.

Selain itu UMNO juga berjaya menanam kebencian kepada calon-calon lawan di mana calon Bersatu dikaitkan sebagai pengkhianat dan katak yang melompat, manakala calon Pakatan Harapan (PH) sebagai mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.

Jadi kini terpulanglah kepada jentera PH dan Bersatu untuk menjelaskan kempen kebencian terhadap mereka dan pada masa yang sama untuk menggalakkan para pengundi pulang mengundi.

 

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button