Politik

Video: Azmin bersyukur kepada Allah, sifatkan kemenangan kebenaran atas kejahatan

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali melahirkan perasaan syukur kepada Allah berhubung kenyataan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan, kenyataan Tommy tersebut sebagai kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan saya berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kepada kedurjanaan politik seperti yang berlaku itu.

Jelas Azmin, beliau telah menegaskan sejak dari awal lagi video berkenaan adalah fitnah dan merupakan satu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Menurut Azmin, meskipun pihak yang berniat jahat boleh merancang dan bersekongkol namun beliau sama sekali tidak  ragu bahawa keadilan akan menyerlah.

Azmin turut berterima kasih kepada isteri dan anak-anaknya yang menaruh kepercayaan sepanjang kes itu berlangsung.

“Justeru itu, saya bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan saya berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kepada kedurjanaan politik seperti ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang setulusnya kepada isteri dan anak-anak saya kerana kepercayaan dan dukungan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berterusan kepada saya.

“Dari dalam lubuk hati saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakyat atas sokongan yang teguh dan padu,” kata Azmin.

Azmin mengajak semua pihak agar  menghentikan politik fitnah, serangan peribadi dan caci-maki.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Thomas berkata, siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut.

CyberSecurity Malaysia juga telah menyimpulkan walaupun video video itu dianggap tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan itu, Tommy menegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tidak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.

Pada 12 Jun tahun lalu, Haziq mengaku bahawa dia ialah salah seorang lelaki dalam video seks sejenis itu dan beliau turut menamakan Azmin sebagai pasangannya.

Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.-SM

 

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button