NasionalPolitik

PRN Johor: DUN Gabir dirampas BN, bekas kerusi Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional gagal mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, iaitu bekas kerusi Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila calonnya tewas kepada Barisan Nasioal (BN).

Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi itu dan meletakkan Mohd Solihan Badri sebagai calon dari PN.

Mohd Solihan ditentang  Sahrihan Jani dari BN, Suraya Sulaiman dari Pejuang dan Naim Jusri dari PKR.

Angka tidak rasmi mengatakan BN telah memperoleh 6,947 undi, PKR 4,477 undi dan PN 4,264 undi.

Pejuang mendapat 148 undi.

Dengan BN mendahului lebih 2,000 undi dan lebih 90 peratus undi dikira, BN hampir sah menang DUN Gambir.

 

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button