Nasional

Dua beradik antara 67 warga Thailand masuk melalui pintu Padang Besar

DUA adik beradik antara 67 warganegara Thailand menjadi kumpulan pertama masuk melalui pintu masuk Padang Besar ke Malaysia sebaik dibuka sejak pukul 6 pagi sehingga pukul 10 pagi ini.

Keduanya tinggal di Padang Besa, Thailand terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari pintu masuk Sadao, Thai ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQ) Padang Besar.

Kedua adik beradik juga berjalan kaki sejauh dua kilometer lagi untuk melawat di Kampung Melayu, Padang Besar.

Zulkifli Mat Ali, 25 dan kakaknya Suraya, 27 tidak bertemu dengan ibu mereka yang berkahwin dengan orang Malaysia sepanjang dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini kedua beradik ini pernah tinggal dengan ibu mereka yang berniaga di Arked Padang Besar.

Tapi kedua mereka pulang ke Thailand sebaik PKP dilaksanakan.

Zulkifli memberitahu dia dan adiknya lengkap vaksin ini menggunakan pasport untuk masuk ke sini.

Dua beradik ini memberitahu, mereka akan menghabiskan masa selama dua minggu dengan ibu mereka.

Tinjauan Suara Merdeka juga mendapati pintu sempadan di Kompleks ICQ Padang Besar kembali meriah.

Tambahan pula kemasukan perjalanan masuk bagi penggembara di dua negara ini telah dipermudahkan dengan penggunaan pas sempadan.

Jumlah penggembara Malaysia masuk ke Thailand hanya 14 orang sejak dibuka pintu sempadan dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi ini. -SM

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button