NasionalParlimen

Dasar Perpaduan Negara akan dibawa ke Kabinet – Halimah Sadique

DRAF Dasar Perpaduan Negara (DPN) telah siap dirangka dengan sebaiknya, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata, pihak kementerian akan membawa draf DPN ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

“Dengan wujudnya dasar ini, hala tuju akan lebih jelas lagi dalam mengangkat agenda perpaduan negara selain daripada pelaksanaan program-program terancang berkaitan dengan perpaduan,” kata Halimah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dari Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengetahui tentang Dasar Perpaduan Negara yang sedang dirangka di Dewan Rakyat, pagi ini.

Halimah menambah, terpada empat siri DPN, antaranya melibatkan pemegang taruh kementerian, agensi, kerajaan para akademik, perpaduan dan jentera perpaduan termasuk pengerusi kawasan KRT, kepimpinan kelab, Rukun Negara, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekretariat Rukun Negara, IPTA dan IPTS.

Beliau berkata, dalam keadaan negara yang berhadapan dengan Covid-19, persediaan dalaman diri memberi keyakinan terhadap tindakan pantas yang dilaksana kerajaan.

“Kita berhadapan dengan ancaman Covid-19 dalam keadaan tenang dengan semangat kerjasama, bantu dan patuhi arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan arahan pihak berkuasa.

“Kita berupaya membuat perubahan drastik dalam konteks yang ada dalam norma baharu,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Pontian mencelah: “Saya ingin bertanya, kementerian dibekalkan dengan peruntukan yang sikit iaitu sebanyak RM423.28 juta pada Belanjawan.

“Di bawah kementerian diletakkan Mitra yang menjaga masyarakat India. Kenapa Kampung Baru, masyarakat Cina tidak diletakkan di bawah kementerian sebaliknya diletakkan di bawah KPKT yang tiada kaitan. Apa pandangan YB?”

Begini jawapan Halimah:

  • Jawapan: we will make do dengan peruntukan sedia ada dibekalkan untuk (DPN) pelan tindakan Perpaduan Negara. Mitra dibawah Kementerian Perpaduan Negara diberikan peruntukan RM100 juta. Kampung Baru, YB Pontian, dari asal memang dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jika cadanangan ini diambil kira oleh kerajaan untuk meletak Kampung Baru di bawah Kementerian Perpaduan Negara seperti mana Mitra (masyarakat India), pihak kementerian terima apa sahaja keputusan. – SM
(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button