Politik

Najib dedah surcaj TNB dinaikkan PH

PENINGKATAN yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh 2018 hingga 2019 dipercayai akibat surcaj yang diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan.

Surcaj tersebut dikenakan selepas PH didakwa menarik balik rebat Ketidakseimbangan Pelekasan Kos Bahan Api (ICPT) kepada pengguna domestik dan bukan domestik.

Rebat ICPT diberikan bagi mengimbangi perubahan harga bahan api yang disemak setiap enam bulan.

“Mengaku juga PH tak pernah beri rebat ICPT elektrik

“Selain bulan Mei dan June 2018 di mana rebat ICPT masa BN masih berjalan, Yeo Bee Yin tak pernah beri rebat ICPT kepada pengguna domestik ataupun pengguna bukan domestik.

“Tarik balik rebat ICPT. mengenakan surcaj dan menaikkan surcaj, dia ada lah.”

BACA > Sugu letak harga RM10,000 apa kata Ahmad Idham? — Suara Merdeka

Demikian dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebook mengulas kenyataan bekas Menteri Sians, Teknologi dan Inovasi, Yeo Bee Yin.

Yeo Bee Yin menerusi satu komen dalam Facebook menyatakan beliau akan memberikan rebat kepada pengguna jika masih menjadi Menteri.

“Kalau masa saya jadi menteri, ICPT semua diberi rebat, sekarang menteri UMNO ada dana untuk bagi semua bantuan ini?

“KWIE (Kumpulan Wang Industri Elektrik) adalah tabung untuk digunakan untuk menstabilkan bil elektrik supaya boleh diguanakan pada masa krisis,” komennya.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157141159340952/?type=3&theater

Bagaimanapun, hal itu dinafikan Ahli Parlimen Pekan yang menerangkan pelaksanaan sebenar tarif elektrik pada 2018 dan 2019.

BACA > 10 hal Sabah & Sarawak anda kena tahu — Suara Merdeka

“Tiada rebat atau surcaj bagi pengguna domestik. Bagi bukan domestik, surcaj dinaikkan lagi dari 1.35 sen per kilowatt (kW) menjadi 2.55 sen/kWj (ataupun kenaikan 4.02 sen/kW berbanding masa BN).

SURCAJ TNB
YEO BEE YIN

“Rebat RM20 sebulan untuk 1.1 juta pengguna juga ditarik balik dan menjadi rebat RM40 sebulan untuk 75,000 pengguna yang berdaftar dengan eKasih.

“1 Julai 2019, pengguna domestik tiada rebat atau surcaj. Surcaj kekal 2.55 sen/kWj pada bukan domestik.

“Januari 2020, di bawah PH kos bahan api terus turun laig mendadak. Tiada rebat atau surcaj kepada pengguna domestik. Bagi bukan domesti surcaj turun kepada 2.00 sen/kWj.

“Mana pernah PH beri rebat ICPT? Tarik balik rebat ada. Kenakan dan naikkan surcaj pun ada,” jelasnya.

Oleh demikian, beliau turut mendedahkan keuntungan yang diperoleh TNB yang turut dipengaruhi kos bahan api.

“Akibat rebat ditarik, surcaj diperkeknalkan, surcaj dinaikkan dan tidak diturunkan pada masa kos bahan api turun mendadak melebihi 50 peratus.

“Maka keuntungan TNB ketika zaman BN, RM2.35 bilion (2014), RM1.95 bilion (2015), RM1.74 bilion (2016) dan RM2.62 bilion (2017).

“Ketika zaman PH, RM3.72 bilion (2018) dan RM4.52 bilion (2019).

“Lalu, Menteri Kewayangan pun kenakan cukai penalti sebanyak RM3.98 bilion ke atas TNB pada November 2019 supaya kenaikan mendadak keuntungan TNB boleh disalur terus kepada kerajaan PH,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Najib turut menempelak PH yang masih berlagak hero apabila mereka menggandakan rebat kepada RM40 bermula 1 Januari 2019.

Namun ia hanya terhad kepada 75,000 pengguna berbanding BN yang memberi rebat RM20 kepada semua.

BACA > Memorandum pindaan akta pemandu mabuk, dadah ke Kabinet minggu depan — Suara Merdeka

“PH gandakan rebat! Fuh! Tetapi ini yang mereka lupa sebut. Dulu, rebat RM20 BN adalah terbuka kepada semua pelanggan,” selorohnya. – SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button