PolitikPRK

PRK Slim guna garis panduan PRK Chini – Ismail Sabri

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan mengguna pakai garis panduan PRK Chini sebelum ini.

Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, terdapat beberapa penambahbaikan termasuk garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara penambahbaikan yang dipersetujui, kata beliau ialah Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya termasuk hari mengundi dengan syarat, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kempen dan ceramah hanya dibenarkan dilaksanakan di kawasan yang tertutup atau di kawasan yang berpagar sahaja bagi memudahkan proses pemantauan dan pemeriksaan suhu badan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disiarkan secara langsung di RTM 1 pada pukul 2 petang tadi.

Jelas Ismail Sabri lagi, Bilik Gerakan Parti politik perlu didaftarkan dengan SPR terlebih dahulu bagi memudahkan pemantauan.

Katanya lagi, jumlah kehadiran bagi satu-satu ceramah perlu mengikut keluasan kawasan dengan penjarakan fizikal dan tidak boleh melebihi 250 individu pada satu-satu masa.

Sepanjang pilihan raya kecil dijalankan, tegas Ismail Sabri, pemakaian pelitup muka diwajibkan.

Waktu keluar mengundi pula, kata Ismail Sabri, digalakkan mengikut ketetapan SPR bagi mengelak kesesakaan berlaku di pusat-pusat mengundi.

Kesemua SOP itu, jelas Ismail Sabri, ditetapkan berdasarkan Akta 342, dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button