Nasional

PRK Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada tarikh lain

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada satu tarikh lain ekoran pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kawasan Parlimen berkenaan.

PRK itu sebelum itu telah ditetapkan pada 5 Disember ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, satu tarikh lain akan ditetapkan untuk PRK berkenaan susulan pengisytiharan darurat tersebut.

“SPR mengambil maklum akan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bagi membolehkan suatu ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan  PRK tersebut selepas diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR pada 13 Oktober lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian awal pada 1 Disember dan pengundian pada 5 Disember.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button